Friday, May 27, 2011

MENGANGKAT MERTABAT DAN MARUAH OKU

Konvensyen Kebangsaan Gerakan Paralimpik Negara Sedekad GPN2020 telah pun diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 26 hingga 27 Mac 2011 yang bertemakan 'MENGANGKAT MERTABAT DAN MARUAH OKU". Konvensyen ini telah diresmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Konvensyen ini dianggap oleh semua peserta satu kejayaan besar bagi Majlis Paralimpik Malaysia. Rata-rata semua peserta mengucapkan tahniah kepada Majlis Paralimpik Malaysia kerana berjaya menganjurkan satu konvensyen yang besar dan bermakna ini. Konvensyen ini telah memberikan banyak maklumat dan kesedaran kepada semua peserta bahawa sukan Paralimpik menuju ke satu arah yang lebih nyata.
Satu postmortum mengenai konvensyen ini telah pun diadakan pada 19 April 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Kassim Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen. En. Ramlay Ibrahim sebagai Setiausaha Jawatankuasa Konvensyen telah membentangkan laporan tersebut. Pada hakikatnya semua orang bersetuju bahawa penganjuran konvensyen ini satu kejayaan bagi Majlis Paralimpik Malaysia. Walaubagaimana pun beberapa masalah juga perlu diambil perhatian.

1. Masa yang diberikan kepada penceramah terutama semasa sessi forum tidak mencukupi
2. Bilik konvensyen agak sempit dan padat.
3. Masa soal jawab terlalu terhad.
4. Deraf Resolusi Konvensyen tidak dapat dibentangkan semasa hari penutup.

Pada 26 Mei 2011, satu mesyuarat pihak Jawatankuasa Konvensyen dengan pihak moderator telah diadakan di UiTM, shah Alam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Annur Suun. Banyak perkara mengenai konvensyen telah dibincangkan. Antaranya ialah:

1. Deraf Resolusi Konvensyen
2. Tarikh untuk mengadakan Bengkel Pemurnian Kertas Kerja
3. Kerangka untuk membuat Blue Print
4. Deraf untuk Dasar Sukan OKU/Akta Sukan OKU
5. Bagaimana hendaklah memulakan Akademi OKU

Satu bengkel sehari akan diadakan di UiTM pada pertengahan bulan Jun ini bagi membincangkan halatuju bengkel pemurnian kertas kerja yang telah dibentangkan. Semoga setelah semuanya dapat dilaksanakan maka satu Blue Print dan juga deraf Dasar/Akta Sukan OKU akan dapat dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya satu kertas kabinet dapat dibuat untuk melaksanakan Gerakan Paralimpik Negara ini agar menjadi satu kenyataan.